Monday, July 19, 2010

time to skate...

mengimbau kenangan lama... aku teringat last moment aku mse aku form 5, aku g sunway utk skating.. minat aku dtg pas aku dtg ngn member2 skol mse form 3... hahahahaha... first love aku terdetik disini...
hehehehehee..ciete yerk setelah aku byk kali mencuba utk skate seperti org lain... berkeyakinan meluncur seperti org pakar.. tp aku setiap kali aku skate aku jth. tp aku gagah kan diri utk bangun dan kembali meluncur... hehehehe...
mcm mana first love bley dtg .. utk menarik minat aku utk dtg ke sna setiap kali aku blik kl... erm, aku berminat dgn trainer kt sna .. aku ske cra die meluncur... tp skng nie aku apabila aku dtg pada 17/7 aku tgk trainer 2 dah xder .. mybe die dah smbng stdy die kt oversea.. aku ucapkan thniah n trma kasih kerana byk membantu aku .. n berjaya menarik minat aku utk skate.. hehehehe

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU...

ibu, ibu engkau lah ratu hati ku... bila ku berduka engkau hiburkan selalu... ibu,ibu engkau lah ratu hati ku...
this song i dedicated aspecially 4 my mom... muah22222x..
semu org tahu ari nie ari ibu... selamat ari ibu... hehehehehe...
harap semua org kt luar sana pun menghargai ibu masing2... saya tahu sy bkn anak yg baik, sometimes saya pun ader bertekak ngn mak sy .. tp dng bertekak 2 wat kte sebenarnya lg syg kt mak kte ... menghargai ibu dan sebagai ... harap kte semua menghargai ibu kte yg byk berkorban utk kte ... muah2...

Monday, May 3, 2010

today was a fairytales...

erm, sem nie aku agak sibuk ngan mcm2 aktiviti.... lega ... skang dah abis kn satu sem lg.. just left 1 sem at tanjung malim... a little bit happy n a little bit sadness. bkn apa ... mcm2 ragam jenis manusia yg aku temui masa hidup dalam kampus life nie... syok sgt sbb aku dpt kwn yg baik, roomate yg baik.. Alhamdullillah mereka bley thn ngn karenah aku yg agak cerewet nie... n aku dpt housemate pun ok2 jerk... sume yg aku jmpa Alhamdullilah baik ngn aku.. tp aku rindu gak zmn skol2 dlu... ngn nakal n sume membe pun satu kepala ngn aku.... tp bkn 2 yg aku nk story kt sni...

cuma aku akn rindu kwn2 aku nnty.... sume pengalaman yg kte kutip x sma.. jd aku nk jdkn kenangan yg terindah utk aku kenangan dalam kotak memori aku nie... hehehe.. ari nie aku tulis blog yg telah lama aku tgglkn nie sebab aku rase aku tertarik nk menulis... hehehhehe..

lama aku x share story n tips utk sesape yg sudi bace blog aku yg biasa2 nie... cume aku tulis utk diri sendiri... salah aku menipu... mula2 aku tulis blog nie sebab aku nk siapkn tugasan .. then ble lama2 aku dh tau function die aku pun tulis...

erm, aku gak nk share ciete bru dr novel hlovate yg brtajuk versus... best sgt.. aku ske... ader islamic n byk story yg aku bley jdkan sebagai satu pengajaran.. n byk aku belajar kt dlm novel 2.. jap aku post gambar novel 2 n video yg aku akn kenang sampai ble2... tentang memori seorang sahabat kepada sahabat2yerk...






lau korang nk tau aku lebih ske ciete tentang relationship between friends n friends berbanding ngn about parenting or sebagainyerk ... kerana bagi aku persahabatan sangat penting utk aku ... aku xtau korang yg kt luar sna mcm mana... harap korang pun sudi2 lah bce blog aku... hehehehe... setakat nie saje aku taip... penat.. nnty aku tulis lg... hehehehe..

anyway, aku dah start ct sem... ske tp aku byk benda nk kne wat... hehehhe.. lau aku ader mse aku upload story bru.. bye... salam.. nite...

Tuesday, March 2, 2010

Apa Punca Anak Derhaka !!!!!!!!!!!!!!!!!!


APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka,jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar,sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur! walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai,sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila i! nsaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

Ambillah Masa!!!!!!!!!!





Ambillah masa untuk berfikir sejenak
kerana inilah sumber kuasa kita

Ambillah masa untuk bermain
kerana inilah rahsia keremajaan

Ambillah masa untuk membaca
kerana inilah telaga kebijaksanaan

Ambillah masa untuk bersolat
kerana inilah kuasa komunikasi teragung

Ambillah masa untuk berkawan
kerana inilah penyeri kehidupan

Ambillah masa untuk menyayangi
kerana inilah fitrah setiap insan



Ambillah masa ketawa
kerana inilah irama indah untuk jiwa

Ambillah masa untuk memberi
kerana inilah permulaan penerimaan

Ambillah masa untuk belajar
kerana inilah harga kejayaan

Ambillah masa untuk muhasabah diri
kerana ini mencerminkan peribadi


Kemahiran Asas Kaunseling


Beri Tumpuan
* Hubungan mata
* kepada topik perbincangan
* Memdapatkan Maklumat


Memerhati & Memahami
* Fahami cara, gaya pemikiran & tingkahlaku
klien semasa berinteraksi
* Catat tingkahlaku bukan lisan (body language),
percakapan/lisan, situasi
& konflik pada klien.

Tentukan Arah
* Klien & Masalah
* Isu persekitaran
* Juruskan klien kepada pemerhatian & persepsi
terhadap peristiwa & individu yang dibincangkan.
* Meningkatkan kemahiran untuk membuka dan menutup perbincangan klien
yangbersesuaian dengan keperluan sesuatu temubual

Kemukakan Soalan
* Soalan terbuka
* Soalan tertutup
* Arah tuju persoalan berkehendak dengan topik
perbincangan (masalah yang dikemukakan)

Meminta Penjelasan

Membuat agakan mesej asas klien dan menyatakan kpd klien. Menjelaskan yg kabur. Boleh juga meminta penjelasan
& “ Saya bingung, biarlah saya nyatakan apa yg telah anda katakan … “
& “ Saya tak begitu pasti yg saya telah faham.”
Kekeliruan mungkin kerana kaunselor tak beri perhatian
Cuba mengaku apa yg anda tak jelas mengenai yg dimaksudkan oleh klien
Cuba menyatakan semula atau meminta penjelasan.


Pengujian Persepsi

Andaian kefahaman kaunselor diuji:
“Anda nampaknya begitu meradang dgn saya, benarkah?”
“ Anda menyatakan kecurigaan, apakah saya dengar itu betul?”
Kesannya klien merasa difahami dan dapat mengelakkan komunikasi yg kusut.
Parafrasa dahulu, minta pengesahan, dan izinkan klien membetulkan persepsi anda jika tak tepat.

Memberi Fokus

Menumpukan penerokaan kpd sesuatu hal yg difikirkan berfaedah. Digunakan bila klien bercakap tak tentu arah dan tiada tumpuan.
Cth:- “Tolong huraikan dgn lebih khusus perasaan anda terhadap ibu anda”.
“Apakah perasaan anda semasa kita bercakap-cakap?”
“Mari kita berdiam sejenak. Saya cadangkan anda tutup mata anda dan cuba berdamping dgn apa yg sedang anda rasa …”


PERSEDIAAN PRA SESI
- LOKASI
- KESEDIAAN KAUNSELOR
- KESEDIAAN KLIEN


KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

1. PRA SESI – Kondusif/Teraputik
2. MEMBINA HUBUNGAN*
3. PENSTRUKTURAN
4. DORONGAN MINIMA*
5. KEMAHIRAN MENDENGAR*
6. REFLEKSI*
7. PARAPRASA*
8. KEMAHIRAN MENYOAL*
9. KONFRANTASI*
10. MERUMUS*
11 MEMILIH ALTERNATIF
12. MENGAMBIL TINDAKAN
13. KHIDMAT SUSULAN
14. PENAMATAN SESI
15. MENAMATKAN HUBUNGAN
KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN (Rappo)

- Suasana teraputik - tanpa ganguan
- Jarak – terlalu jauh/dekat
- Penampilan diri ksr-ganggu kln
- Ekpresi muka (wajah)- peka kln/ksr
- Pandangan/kontak mata- memberi perhatian/minat/hormat/galakan/jujur/selesa/
kesungguhan
- Kedudukan/pergerakan tubuh- memberi nada/makna dalam hubungan kaunseling
- Tergaru-garu – ragu/tak pasti/ cemas/risau
- Mengigit jari - tertekan/ragu/ cemas/risau
- Senyuman – persahabatan/penerimaan/ingin bekerjasama/mengejek/takut

T/LAKU ( Tanpa Lisan)

Menutup mulut dgn tangan
Saya perlu berhati-hati dgn kata-kata
Menarik nafas panjang
kesakitan
Melihat kearah lain dan bermain dgn sesuatu
Rasa malu
Meletak jari di pipi
Berfikir dgn serius
Senyum, tak ada yang mengelikan hati
Tidak memahami soalan
Melemparkan pdangan jauh apabila di soal
Mencari jawapan yang baik/alasan
Mengosok mata
sedih
Mengerakan badan kehadapan
berminat


Dorongan minima

- Tujuan – memberangsangkan kln/ ksr mendengar/faham/sdg mengikuti ceritanya
Contoh:
Kln: Saya nak bincang tentang pelajaran saya
Ksr: Ya!pelajaran awak ( sambil mengangguk)
Kln : Sejak akhir-akhir ni pencapaiannya
merosot
Ksr : Hmm! Hmm!

REFLEKSI- KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar berkaitan dgn refleksi
Isi/perasaan/pengalaman.
Refleksi Isi
Kln : Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin saya akan dianiaya lebih teruk lagi. Jadi,
mencari srategi yang baik untuk saya.
Ksr : Jadi sekarang ni anda sedang memikirkan strategi paling baik

- Pergerakan tangan/kaki - berpeluk tubuh(tak selamat/tertutup/tak
sedia/negatif/defensif)
- Tangan dalam poket- menyembunyikan sesuatu
- Genggam jari - marah
- Kedua-dua tangan pegang kuat pada kurusi- rasa takut/risau

Refleksi - perasaan
Kln : Kadang-kadang saya sendiri tak faham, apa yang saya buat,semua tak kena ; yang dicari hanyalah salah sahaja. Apakah saya tak pernah betul?
Ksr : Anda rasa marah dengan keadaan yang sedang anda alami ini?

Refleksi-Pengalaman
Cth :
Kln: Saya sebenarnya sgt sayang kpd anak isteri saya. Inilah yg saya tak faham, mengapa mereka sanggup meningalkan saya ? (sambil tunduk dan keliatan murung)
Ksr: Anda terlalu sedih sekali krn ditinggalkan oleh keluarga yg anda sayangi

PARAFRASA

• Pemahaman ksr yang dinyatakan dalam ayat yang agak pendek. Tujuanya untuk memberi peluang kpd. Kln mendengar kembali apa yg. dirasa dan dikatakannya.
• Cth:
• Kln: Cikgu, sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat menumpukan perhatian kpd pelajaran saya.Mcm mana saya nak belajar kalau ibu bapa saya asyik bertekak shj.
• Ksr: Ali berasa bosan kerana ibu bapa anda sering bertengkar sehingga Ali tidak dpt menumpukan perhatian kpd pelajaran

KEMAHIRANMENYOAL

Soalan Tertutup :
Cth: Anda telah berkahwin?
Anda rindu keluarga anda?
Siapa Teman sebilik anda?
Soalan Terbuka :
Cth : Apa perasaan anda?
Bagaimana anda boleh menjadi begitu hebat ?
Cuba ceritakan pengalaman kerjaya anda?


PERBANDINGAN ANTARA SOALAN TERTUTUP DENGAN SOALAN TERBUKA

SOALAN TERTUTUP(X)
SOALAN TEBUKA(/)
x -Mendapatkan jawapan khusus
/ -Membolehkan jawapan yang berbagai
x- Boleh dijawab dengan satu atau dua perkataan
/- Memerlukan jawapan yang panjang
x- Mendapatkan data
/ -Mendapatkan pandangan, sebab penerangan dan lain-lain
x- Menyekat respon klien
/- Membolehkan klien memberi jawapan yang tidak dijangka oleh kaunselor


MERUMUS

• Ksr perlu membuat rumusan setelah sesi kaunseling berjalan agak lama bagi
memolehkan klien memahami diri & masalah yg dihadapi.Ksr juga perlu merumuskan isi
penting perbualan sebelum menamatkan sesi.

Contoh
• Maknanya….
• Pendek kata….
• Ringkasnya….
• Oh….jadi….

KONFRANTASI

• Menggambarkan keadaan klien tidak kongruan antara yg dicerita dengan apa yg diharapkan tentang dirinya/apa yg dilihat oleh ksr
• Cth:
REBT (9 pemikiran tidak rasional)
• Di kitab mana ada menyatakan bahawa anda mesti disayangi oleh semua orang?
• Anda kata semua lelaki jahat tapi bagaimaa dgn bapa anda yg anda katakan tadi sebagai idola anda?
• Anda kata anda menyesali perbuatan anda tapi saya lihat anda masih boleh
tersenyum ?

Carl Rogers : Psikologi Aliran Humanisme


Carl Rogers : Psikologi Aliran Humanisme

Carl Ransom Rogers lahir pada tanggal 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinios, Chicago. Rogers meninggal dunia pada tanggal 4 Pebruari 1987 karena serangan jantung.

Latar belakang: Rogers adalah putra keempat dari enam bersaudara. Rogers dibesarkan dalam keluarga yang berkecukupan dan menganut aliran protestan fundamentalis yang terkenal keras, dan kaku dalam hal agama, moral dan etika. Rogers terkenal sebagai seorang tokoh psikologi humanis, aliran fenomenologis-eksistensial, psikolog klinis dan terapis, ide – ide dan konsep teorinya banyak didapatkan dalam pengalaman -pengalaman terapeutiknya.

Ide pokok dari teori – teori Rogers yaitu individu memiliki kemampuan dalam diri sendiri untuk mengerti diri, menentukan hidup, dan menangani masalah – masalah psikisnya asalkan konselor menciptakan kondisi yang dapat mempermudah perkembangan individu untuk aktualisasi diri.


Menurut Rogers motivasi orang yang sehat adalah aktualisasi diri. Jadi manusia yang sadar dan rasional tidak lagi dikontrol oleh peristiwa kanak – kanak seperti yang diajukan oleh aliran freudian, misalnya toilet trainning, penyapihan ataupun pengalaman seksual sebelumnya.

Rogers lebih melihat pada masa sekarang, dia berpendapat bahwa masa lampau memang akan mempengaruhi cara bagaimana seseorang memandang masa sekarang yang akan mempengaruhi juga kepribadiannya. Namun ia tetap berfokus pada apa yang terjadi sekarang bukan apa yang terjadi pada waktu itu.

Aktualisasi diri adalah proses menjadi diri sendiri dan mengembangkan sifat-sifat dan potensi -potensi psikologis yang unik. Aktualisasi diri akan dibantu atau dihalangi oleh pengalaman dan oleh belajar khususnya dalam masa kanak – kanak. Aktualisasi diri akan berubah sejalan dengan perkembangan hidup seseorang. Ketika mencapai usia tertentu (adolensi) seseorang akan mengalami pergeseran aktualisasi diri dari fisiologis ke psikologis.

Rogers dikenal juga sebagai seorang fenomenologis, karena ia sangat menekankan pada realitas yang berarti bagi individu. Realitas tiap orang akan berbeda – beda tergantung pada pengalaman – pengalaman perseptualnya. Lapangan pengalaman ini disebut dengan fenomenal field. Rogers menerima istilah self sebagai fakta dari lapangan fenomenal tersebut.

Konsep diri menurut Rogers adalah kesadaran batin yang tetap, mengenai pengalaman yang berhubungan dengan aku dan membedakan aku dari yang bukan aku. Konsep diri ini terbagi menjadi 2 yaitu konsep diri real dan konsep diri ideal. Untuk menunjukkan apakah kedua konsep diri tersebut sesuai atau tidak, Rogers mengenalkan 2 konsep lagi, yaitu Incongruence dan Congruence. Incongruence adalah ketidakcocokan antara self yang dirasakan dalam pengalaman aktual disertai pertentangan dan kekacauan batin. Sedangkan Congruence berarti situasi di mana pengalaman diri diungkapkan dengan seksama dalam sebuah konsep diri yang utuh, integral, dan sejati.

Setiap manusia memiliki kebutuhan dasar akan kehangatan, penghargaan, penerimaan, pengagungan, dan cinta dari orang lain. Kebutuhan ini disebut need for positive regard, yang terbagi lagi menjadi 2 yaitu conditional positive regard (bersyarat) dan unconditional positive regard (tak bersyarat).

Rogers menggambarkan pribadi yang berfungsi sepenuhnya adalah pribadi yang mengalami penghargaan positip tanpa syarat. Ini berarti dia dihargai, dicintai karena nilai adanya diri sendiri sebagai person sehingga ia tidak bersifat defensif namun cenderung untuk menerima diri dengan penuh kepercayaan.

Lima sifat khas orang yang berfungsi sepenuhnya (fully human being):

1. Keterbukaan pada pengalaman
Orang yang berfungsi sepenuhnya adalah orang yang menerima semua pengalaman dengan fleksibel sehingga selalu timbul persepsi baru. Dengan demikian ia akan mengalami banyak emosi (emosional) baik yang positip maupun negatip.

2. Kehidupan Eksistensial
Kualitas dari kehidupan eksistensial dimana orang terbuka terhadap pengalamannya sehingga ia selalu menemukan sesuatu yang baru, dan selalu berubah dan cenderung menyesuaikan diri sebagai respons atas pengalaman selanjutnya.

3. Kepercayaan terhadap organisme orang sendiri
Pengalaman akan menjadi hidup ketika seseorang membuka diri terhadap pengalaman itu sendiri. Dengan begitu ia akan bertingkah laku menurut apa yang dirasanya benar (timbul seketika dan intuitif) sehingga ia dapat mempertimbangkan setiap segi dari suatu situasi dengan sangat baik.

4. Perasaan Bebas
Orang yang sehat secara psikologis dapat membuat suatu pilihan tanpa adanya paksaan – paksaan atau rintangan – rintangan antara alternatif pikiran dan tindakan. Orang yang bebas memiliki suatu perasaan berkuasa secara pribadi mengenai kehidupan dan percaya bahwa masa depan tergantung pada dirinya sendiri, tidak pada peristiwa di masa lampau sehingga ia dapat meilhat sangat banyak pilihan dalam kehidupannya dan merasa mampu melakukan apa saja yang ingin dilakukannya.

5. Kreativitas
Keterbukaan diri terhadap pengalaman dan kepercayaan kepada organisme mereka sendiri akan mendorong seseorang untuk memiliki kreativitas dengan ciri – ciri bertingkah laku spontan, tidak defensif, berubah, bertumbuh, dan berkembang sebagai respons atas stimulus-stimulus kehidupan yang beraneka ragam di sekitarnya.

Kelemahan atau kekurangan pandangan Rogers terletak pada perhatiannya yang semata – mata melihat kehidupan diri sendiri dan bukan pada bantuan untuk pertumbuhan serta perkembangan orang lain. Rogers berpandangan bahwa orang yang berfungsi sepenuhnya tampaknya merupakan pusat dari dunia, bukan seorang partisipan yang berinteraksi dan bertanggung jawab di dalamnya.

Selain itu gagasan bahwa seseorang harus dapat memberikan respons secara realistis terhadap dunia sekitarnya masih sangat sulit diterima. Semua orang tidak bisa melepaskan subyektivitas dalam memandang dunia karena kita sendiri tidak tahu dunia itu secara obyektif.

Rogers juga mengabaikan aspek – aspek tidak sadar dalam tingkah laku manusia karena ia lebih melihat pada pengalaman masa sekarang dan masa depan, bukannya pada masa lampau yang biasanya penuh dengan pengalaman traumatik yang menyebabkan seseorang mengalami suatu penyakit psikologis.

Teori Rogers ini memang sangat populer dengan masyarakat Amerika yang memiliki karakteristik optimistik dan independen karena Rogers memandang bahwa pada dasarnya manusia itu baik, konstruktif dan akan selalu memiliki orientasi ke depan yang positip. Pertanyaannya yaitu : Apakah teori ini juga akan sama efektifnya jika diaplikasikan pada masyarakat dengan budaya, dan struktur sosial serta sistem kemasyarakatan yang berbeda dengan Amerika?

Sumber Referensi:
Schultz, Duane. Psikologi Pertumbuhan: Model – Model Kepribadian Sehat. Jogjakarta: Kanisius, 1991.