Wednesday, January 13, 2010

kenapa live well or live hell you choose ?


kenapa saya memilih "live well or live hell you choose? kerana sebab pertama saya sangat minat novel yang ditulis oleh Hlovate. Buku yang banyak bagi saya inspirasi untuk teruskan hidup dan banyak wat saya insaf untuk melakukan something yang tidak baik terutama kepada mak saya. Cerita pasal mak , mak , dulu saya tidak suka akan mak saya dan setiap kali kami sekali mesti ada pergaduhan yang berlaku. kenapa ye ? mungkin sebb sikap kami sama. tapi ada juga yang tidak sama. masa saya kecik, saya dijaga oleh penjaga yang akan datang ke rumah saya setiap pagi sehingga mak dan ayah saya balik ke rumah. mungkin salah satu faktor kenapa saya tidak suka kepada mak saya adalah mak saya selalu tidak ada di rumah dan saya rasa dipinggirkan. kakak saya sangat bernasib baik kerana dia dijaga oleh nenek dan atuk saya. tapi saya? huhuhuhu. tinggal bersama kakak yang menjaga . Menjaga?tapi sebenarnya tak pun. saya dibiarkan lapar pada tengah hari dan dia juga tidak baik untuk saya katakan sume itu lagi. bah kata orang yang berlalu biar lah berlalu. Let be by gone be by gone. enough. meningkat remaja saya still lagi tidak baik dengan mak saya. saya menjadi liar. saya tidak lekat di rumah. saya suka keluar lepak dengan member2 berbanding duduk di rumah kerana saya bosan duduk di rumah tiada siapa di rumah dan lebih baik saya keluar daripada bertekak dengan mak saya. sampai satu tahap mak tak tahan, dia menghantar saya ke sekolah berasrama. saya memberontak pada mulanya namun setelah lama berada di sekolah itu , saya mula belajar banyak perkara terutama solat. saya banyak belajar dari kawan-kawan. cerita-cerita mereka membuatkan saya rasa bersyukur kerana masih mempunyai mak dan ayah. namun saya hanya berubah dari sikap tetapi style dan cara saya membuatkan rakan lelaki senang rapat dengan saya kerana kata mereka saya boleh dibawa berunding dan cara saya seperti mereka yang tidak sensitif, senang cerita rock lah... hehehehe. sejak dari situ hubungan saya with my mom semakin baik tetapi tidak rapat. kami rapat setelah saya masuk ke T6. dari situ saya mula belajar sikap mak saya dan banyak perkara tentang mak saya. now saya sayang mak saya with all my heart..... thank juga kepada mak coz banyak memberi saya sokongan dan dorongan kepada saya. tak lupa juga kepada abah yang selama ini support saya.