Saturday, February 20, 2010

Ketagihan Alkohol & Rawatannya

KETAGIHAN ALKOHOL
Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.

KESAN FIZIKAL
• Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.
• Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
• Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.
• Ulser dan gastritis
• Kecederaan otak dan masalah saraf
• Masalah jantung dan tekanan darah
• Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
• Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
• Masalah seksual
• Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS)
FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami:
• Kekurangan berat badan.
• Kurang tinggi
• Kepala kecil
• Masalah jantung
• Kecacatan kaki-tangan serta sendi
• Koordinasi yang lemah
• Hilang ingatan
• Masalah pembelajaran

Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.

ALKOHOL DAN KANSER
Meminum minuman keras menjadikan rawatan terhadap kanser tidak berkesan. Sebagai contoh:
• Jika anda memerlukan pembedahan, alkohol di dalam badan akan menimbulkan masalah dengan ubat bius
(anesthesia).
• Jika anda dirawat dengan kemoterapi, dan mungkin terdapat kudis dalam mulut anda, alkohol akan
memburukkan lagi keadaan.
• Jika anda memerlukan rawatan radiasi/kemoterapi, anda perlu makan dengan betul untuk menguatkan diri anda.
Meminum minuman keras boleh mengganggu tabiat makan dan membantutkan penyembuhan.
• Penyalahgunaan alkohol mengganggu keupayaan anda menghadapi masalah kanser, tekanan perasaan dan
emosi yang berkaitan dengannya.

MASALAH TINGKAHLAKU DAN TEKANAN EMOSI
• Alkohol boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar batas kawalannya seperti memandu terlalu
laju dan amalan-amalan lain yang merbahaya.
• Perubahan ragam atau mood seperti marah, ganas, murung dan mungkin ke peringkat ingin membunuh diri
dengan pengambilan alkohol yang berlebihan.
• Boleh mengakibatkan hilang daya ingatan dan kewarasan (paras pengambilan alkohol yang tinggi menghalang
daya ingatan yang baik).
• Membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kadar perceraian meningkat di kalangan penagih arak dan
anak-anak mereka mengalami tekanan perasaan yang berpanjangan.
• Penagih arak juga menghadapi penurunan prestasi kerja, masalah pergaulan dengan pekerja-pekerja lain dan
majikan.

Anda memerlukan bantuan profesional sekiranya:
• Menghadapi masalah daya ingatan atau pengsan kerana minum.
• Anda tidak boleh hidup tanpa meminum alkohol.
• Gagal mengawal tabiat minum anda walaupun anda mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh tabiat
buruk ini.
• Perlu minum banyak alkohol untuk mengatasi gejala seperti sakit kepala, kesejukan, menggigil dan ketagihan
arak yang teruk.
• Tabiat minum ini menjejaskan kerja, persekolahan dan pergaulan anda dengan orang lain.
• Perlu mengambil alkohol untuk mengatasi masalah hidup atau melarikan diri dari masalah yang dihadapi
• Melakukan kegiatan yang berisiko tinggi seperti mengadakan hubungan seks yang tidak selamat dan rambang
setelah minum..
• Melakukan beberapa kesalahan undang-undang seperti memandu dalam keadaan mabuk
• Mendapat aduan dari kaum keluarga dan sahabat handai serta majikan mengenai tabiat buruk anda ini.
• Tidak suka bergaul dan terasing selepas mengambil alkohol.

RAWATAN
Ketagihan alkohol boleh diwarisi . Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Dua jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse (tidak terdapat di Malaysia). Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone (terdapat di Malaysia), ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.

PELIHARA DIRI ANDA
Jika anda seorang peminum tetapi masih belum mencapai tahap menyalahgunakannya, lebih baik berhenti sahaja sebelum terlambat. Lebih cepat anda berhenti lebih baik peluang anda terselamat dari kesan fizikal dan psikologikal yang serius.
• Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan
mengakui diri anda sebagai seorang peminum.
• Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis
tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini,
mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu.
• Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka
yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.
• Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi/bantu diri untuk menguatkan
pendirian anda.
• Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan dan penyalahgunaan alkohol.

Langkah mencegah pergantungan terhadap alkohol
• Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.
• Minum sedikit sahaja. Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit
• Gunakan sedikit sahaja alkohol dan lebihkan campuran lain untuk mencairkan kesan alkohol.
• Cuba minum bir atau wain yang rendah kandungan alkoholnya.
• Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus buahan, kopi, soda)
• Makan sambil minum, makanan dapat membantu melambatkan penyerapan alkohol ke dalam badan.
• Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat tentang diri anda.
Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol.
• Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton
wayang)
• Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari
apa yang mereka lihat.
• Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubat-ubatan atau mengendalikan mesin.
Perbuatan yang demikian memudaratkan anda.

like or love



When u meet the person u love, ur heart beats faster,

but when u meet the person u like, u get happy.

In front of the person u love, winter seems like spring,

but in front of the person u like, winter is just a beautiful water.

If u look into the eyes of the one u love, u'll blush,

but if u look into the eyes of the u like, u'll smile.

In front of the one u love, u can't say everything in ur mind,

but in front of the one u like, u can split out ur ideas.

In front of the one u love, u tend to get shy,

but in front of the person u like, u can show ur own self.

When the person u love is crying, u'll cry with them,

but when the person u like is crying, u'll end up comforting.

The feeling of love begins from the eyes,

and the feeling of like begins from the ears.

So, if u stop liking the person u like, cover ur ears,

But if u try to close ur eyes,

It will turn into a drop of tears which blur ur visions and

remains in ur heart ever.........

To like and to love are 2 different things. Don't get mixed up!

Wednesday, January 13, 2010

kenapa live well or live hell you choose ?


kenapa saya memilih "live well or live hell you choose? kerana sebab pertama saya sangat minat novel yang ditulis oleh Hlovate. Buku yang banyak bagi saya inspirasi untuk teruskan hidup dan banyak wat saya insaf untuk melakukan something yang tidak baik terutama kepada mak saya. Cerita pasal mak , mak , dulu saya tidak suka akan mak saya dan setiap kali kami sekali mesti ada pergaduhan yang berlaku. kenapa ye ? mungkin sebb sikap kami sama. tapi ada juga yang tidak sama. masa saya kecik, saya dijaga oleh penjaga yang akan datang ke rumah saya setiap pagi sehingga mak dan ayah saya balik ke rumah. mungkin salah satu faktor kenapa saya tidak suka kepada mak saya adalah mak saya selalu tidak ada di rumah dan saya rasa dipinggirkan. kakak saya sangat bernasib baik kerana dia dijaga oleh nenek dan atuk saya. tapi saya? huhuhuhu. tinggal bersama kakak yang menjaga . Menjaga?tapi sebenarnya tak pun. saya dibiarkan lapar pada tengah hari dan dia juga tidak baik untuk saya katakan sume itu lagi. bah kata orang yang berlalu biar lah berlalu. Let be by gone be by gone. enough. meningkat remaja saya still lagi tidak baik dengan mak saya. saya menjadi liar. saya tidak lekat di rumah. saya suka keluar lepak dengan member2 berbanding duduk di rumah kerana saya bosan duduk di rumah tiada siapa di rumah dan lebih baik saya keluar daripada bertekak dengan mak saya. sampai satu tahap mak tak tahan, dia menghantar saya ke sekolah berasrama. saya memberontak pada mulanya namun setelah lama berada di sekolah itu , saya mula belajar banyak perkara terutama solat. saya banyak belajar dari kawan-kawan. cerita-cerita mereka membuatkan saya rasa bersyukur kerana masih mempunyai mak dan ayah. namun saya hanya berubah dari sikap tetapi style dan cara saya membuatkan rakan lelaki senang rapat dengan saya kerana kata mereka saya boleh dibawa berunding dan cara saya seperti mereka yang tidak sensitif, senang cerita rock lah... hehehehe. sejak dari situ hubungan saya with my mom semakin baik tetapi tidak rapat. kami rapat setelah saya masuk ke T6. dari situ saya mula belajar sikap mak saya dan banyak perkara tentang mak saya. now saya sayang mak saya with all my heart..... thank juga kepada mak coz banyak memberi saya sokongan dan dorongan kepada saya. tak lupa juga kepada abah yang selama ini support saya.